[VIDEO] Abang polis tolak kereta dalam hujan

NILAI - Keprihatinan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) menolak sebuah kereta rosak dalam keadaan hujan lebat di Nilai di sini mendapat pujian netizen.
Perkongsian video di Instagram Daniel Zamri itu memaparkan dua anggota polis berada di persimpangan lampu isyarat membantu menolak sebuah kereta dipercayai rosak ketika mahu meneruskan perjalanan.
Anggota berkenaan menolak kereta itu sehingga ke tepi jalan dalam keadaan hujan lebat demi menggelakkan berlaku kesesakan trafik di kawasan terbabit.
Daniel turut memuji tindakan anggota polis itu kerana menjalankan tanggungjawab meskipun dalam apa jua situasi.

"Ingat aku je yang mandi hujan hari ini sebab hantar stok @ainadtaste di agen sekitar Nilai tadi.
"Rupanya ada lagi yang mulia dalam menjalankan tanggungjawab dalam bekerja. Dalam pemerhatian aku tadi, pemilik kereta 'breakdown' tu orang Cina. Siap berpayung lagi," katanya.
Dalam pada itu, Daniel juga berhasrat untuk belanja anggota polis kek yang diusahakan isterinya sekiranya video yang dimuat naik itu tular di laman sosial.
"Semoga abang polis dilimpahkan rahmat oleh-Nya. Amin. Kalau ada rezeki video ni viral, aku teringin nak jumpa abam polis ni sebab nak belanja kek dari @ainadtaste, lokasi kejadian sekitar Nilai - KLIA," tulisnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -'Pasrah jika hidup berakhir di jeriji besi' - Kim Seri
18 Disember 2024 12:59pmSanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Makkah
11 Disember 2024 07:50amBob Janggut tangkap ular senduk kurang dua minit
11 Disember 2024 07:40amStaf kafe rai warga emas sambut ulang tahun sendirian
05 Disember 2024 10:29amTerlepas hukuman mati, bapa sebak peluk erat tujuh anak
01 Julai 2026 12:24pmMurid alami muntah dan sakit perut, kantin sekolah diarah tutup 14 hari
01 Julai 2026 09:16amTimbalan Speaker beri amaran kepada Hulu Langat supaya jaga adab
01 Julai 2026 10:55amTragedi Gerik berulang, ibu gajah enggan berganjak 7 jam selepas anak mati
01 Julai 2026 07:06pm- Iklan -- Iklan -
