Perlu ada gandingan tua, muda: Syed Saddiq

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Usia calon yang diketengahkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi Pilihan Raya Kecik (PRK) Tanjung Piai tidak jadi penghalang untuk anak muda memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH).

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya akan memberi sokongan penuh kepada calon PH, Karmaine Sardini sama seperti calon muda pada PRK Semenyih sebelum ini.

“Dalam setiap pilihan raya, akan ada banyak calon diketengahkan. Ada dari Syed Saddiq dan ada daripada Tun Dr Mahathir juga.

“Tidak boleh semua yang tua, semua anak muda. Perlu ada gandingan bersama kedua-duanya. Dalam hal ini saya sendiri kenal calon Haji Karmaine.

“Beliau seorang yang kuat kerja, saya kenal beliau seorang imam, Yang Dipertua sekolah di mana ibu saya bekerja sebagai guru, seorang yang bekerja keras, seorang yang alim.

“Itu penilaian yang menyeluruh yang dilakukan oleh kepimpinan parti,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari.

Karmaine yang merupakan Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai diumumkan sebagai calon Bersatu yang mewakili PH pada PRK Parlimen Tanjung Piai.

Karmaine, 66, merupakan seorang arkitek dan anak tempatan pernah menjadi guru sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Kerang, Pontian pada 1973 hingga 1977 sebelum meneruskan pelajaran dalam bidang seni bina seterusnya berkhidmat sebagai arkitek di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 1980 hingg 2000.

Artikel Berkaitan:

Beliau merupakan penggerak awal Bersatu di Tanjung Piai sebelum PRU14 bersama Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang merupakan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai.