[VIDEO] Normal buat video rapat dengan muka: Syed Saddiq

Paparan video Syed Saddiq menerangkan mengapa beliau membuat video secara dekat tular di Twiiter.
Paparan video Syed Saddiq menerangkan mengapa beliau membuat video secara dekat tular di Twiiter.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sering memuat naik video percakapannya mengenai isu semasa di bawah kementeriannya.

Bagaimanapun, ada perkara lucu yang sering menjadi 'perbahasan’ netizen mengenai menteri muda itu yang acapkali merakam wajahnya terlalu dekat dengan kamera.

Perkongsian video oleh @hanisschokman di Twitternya memaparkan temubual media antarabangsa, Syed Saddiq telah menjawab soalan yang ditanya oleh salah seorang individu mengenai perkara tersebut.

Melalui video itu, individu berkenaan bertanya, “Kenapa YB bercakap terlalu dekat dengan kamera?”

Syed Saddiq kemudiannya menjelaskan bahawa ramai yang mengajukan soalan yang sama kepadanya. Baginya itu adalah perkara biasa yang dilakukan oleh semua orang dan bukan hanya dirinya.

Antara reaksi netizen berkenaan video tersebut
Antara reaksi netizen berkenaan video tersebut

Perkongsian video pendek jawapan menteri berkenaan yang berdurasi 17 saat itu tular di Twitter yang meraih lebih 30,000 perkongsian dan 27,917 tanda suka.

@hannischokman menulis, “Betul lah kata Syed Saddiq, perkara itu normal, tak tahu lah pula kalau guna monopod kalau bagi mesej video."

Artikel Berkaitan:

“Muka hensem seperti Syed Saddiq bolehlah, cuba muka aku buat video begitu, berketul-ketul jerawat yang muncul dalam video tu..hahaha,” kata @tudiaDani.