Bersatu Johor serah Majlis Presiden PH pilih calon

Mazlan Bujang
Mazlan Bujang
A
A
A

PONTIAN - Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Johor menyerahkan soal pemilihan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Pengerusinya, Mazlan Bujang berkata, pihaknya yakin dengan keputusan dibuat kerana calon yang dipilih akan dinilai sebaiknya dan dapat diterima oleh masyarakat di Tanjung Piai.

"Kita (pimpinan negeri) memberi pandangan. Presiden dan pengerusi juga ada pandangan mereka dalam hal calon ini," katanya ketika ditemui ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kampung Melayu Pekan Nanas.

Semalam, nama bekas Menteri Besar, Datuk Osman Sapian dan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sharuddin Jamal antara yang tersenarai sebagai calon Bersatu bagi PRK Tanjung Piai.

ARTIKEL BERKAITAN: MB, bekas MB Johor calon PH di Tanjung Piai?

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya namun menegaskan masih belum ada sebarang keputusan dibuat.

Mazlan berkata, Bersatu yakin jumlah undi yang diterima pada PRK Tanjung Piai akan meningkat berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Artikel Berkaitan:

Mazlan (berdiri, tiga dari kiri) sewaktu melawat mangsa banjir di PPS Kampung Melayu Bukit Panjang Pekan Nanas.
Mazlan (berdiri, tiga dari kiri) sewaktu melawat mangsa banjir di PPS Kampung Melayu Bukit Panjang Pekan Nanas.

PRK Tanjung Piai diadakan berikutan penyandangnya, Dr Md Farid yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meninggal dunia di Hospital Pontian, 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Dr Md Farid, 42, memenangi kerusi Parlimen itu pada PRU14 dengan majoriti 524 undi selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (Pas).

Kerusi Parlimen Tanjung Piai dengan 53,528 pengundi berdaftar pada PRU14 memiliki komposisi kaum terdiri daripada 56.8 peratus Melayu, 41.64 peratus Cina, 1.01 peratus India dan lain-lain 0.55 peratus.