Banjir kilat terburuk dalam tempoh 40 tahun

Keadaan rumah penduduk di Kampung Sentosa dipenuhi kotoran akibat banjir kilat, malam tadi.
Keadaan rumah penduduk di Kampung Sentosa dipenuhi kotoran akibat banjir kilat, malam tadi.
A
A
A

IJOK - Penduduk Kampung Sentosa di sini menyifatkan banjir kilat melanda kampung itu semalam merupakan kejadian terburuk sejak 40 tahun lalu.

Seorang penduduk, Waginah Mokhtar, 60, berkata, hujan lebat petang semalam mengakibatkan rumahnya mula digenangi air malam tadi.

"Setiap kali hujan lebat, air melimpah masuk ke dalam rumah. Jika tidak bersedia, memang tidak sempat selamatkan barang

"Mujur semasa air masuk ke dalam rumah, anak pulang dari tempat kerja dan kami segera naik sampan keluar dari kawasan banjir," katanya ketika ditemui di Dewan Orang Ramai Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields, di sini hari ini.

Seorang lagi mangsa banjir, Hairul Razid Mohamad Seri, 36, berkata, air masuk ke dalam rumah ketika mereka sedang menikmati makan malam.

"Pada mulanya kami tidak sedar air naik tetapi tiba-tiba saya nampak lantai dipenuhi air," katanya.

Katanya, keluarganya terpaksa mengambil masa kira-kira tiga jam membersihkan rumah selepas banjir surut dua jam selepas itu.

"Kami sudah tidak sanggup berdepan masalah ini setiap hari dan berharap kerajaan dapat membantu selesaikan masalah ini.

Artikel Berkaitan:

"Dalam tempoh seminggu ini sahaja sudah empat kali rumah saya dinaiki air," katanya.