PRK Tanjung Piai: Enam borang pencalonan dijual

Taklimat Pengurusan PRK Parlimen Tanjung Piai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Pontian di sini pagi tadi.
Taklimat Pengurusan PRK Parlimen Tanjung Piai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Pontian di sini pagi tadi.
A
A
A

PONTIAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan enam borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai sudah terjual sejak 8 Oktober lalu.

Timbalan Pengarah SPR Johor, Mohammad Zaidad Abu Samat berkata, borang pencalonan tersebut dibeli oleh parti politik utama namun enggan mendedahkan nama parti berkenaan.

"Enam pihak (parti politik) telah membeli borang pencalonan (SPR) dan boleh kata mereka yang beli adalah parti utama," katanya selepas Taklimat Pengurusan PRK Parlimen Tanjung Piai di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Pontian di sini pagi tadi.

Seramai 27 penyelia dan 278 kerani penunjuk arah terlibat dalam sesi taklimat terbabit.

Mohammad Zaidad berkata, SPR telah siap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan jika berlaku banjir pada hari pengundian, 16 November ini.

"Pertemuan dengan pihak berkuasa termasuk PDRM (Polis DiRaja Malaysia), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia juga diadakan bagi membincangkan persiapan banjir," katanya.

Dalam pada itu, katanya, seramai 24 warga emas berusia 100 tahun ke atas yang masih hidup dikesan layak mengundi pada PRK Parlimen Tanjung Piai.

Artikel Berkaitan: