Gajah pun main bola sepak!

Sekumpulan gajah di Karnataka dilihat bermain bola sepak di padang terbuka dan telah menghiburkan para pelancong yang hadir di sana.- Foto Agensi
Sekumpulan gajah di Karnataka dilihat bermain bola sepak di padang terbuka dan telah menghiburkan para pelancong yang hadir di sana.- Foto Agensi
A
A
A

KARNATAKA - Gajah pun boleh bermain bola sepak! Begitulah yang digambarkan dalam satu klip video yang tular di media sosial di India sejak semalam.

Sekumpulan gajah di Karnataka dilihat bermain bola sepak di padang terbuka dan telah menghiburkan para pelancong yang hadir di sana.

Dalam video tersebut, kelihatan salah seekor gajah menendang bola kepada gajah lain dengan mengikut arahan daripada pelatih yang duduk di atasnya dan mendapat tepukan gemuruh dari hadirin.

Video itu menarik perhatian ramai pelayar media sosial kerana bakat istimewa gajah tersebut.

Gajah - gajah itu sebelum ini mengambil bahagian dalam perarakan semasa perayaan Mysore Dasara (Dussehra) dan baru-baru ini dipindahkan ke Kem Gajah Dubare di daerah Kodagu untuk dilatih bermain.

Jabatan Hutan Karnataka mempunyai kira-kira 150 ekor gajah dengan menyediakan pelbagai kem latihan khas buat haiwan tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: