Bayi ke-22 bakal lahir dalam keluarga Radford

Sue Radford menunjukkan ultrasound terbaharu kandungan kini mencecah usia 15 minggu di YouTube kelmarin. - Foto Agensi
Sue Radford menunjukkan ultrasound terbaharu kandungan kini mencecah usia 15 minggu di YouTube kelmarin. - Foto Agensi
A
A
A

LANCASHIRE - Seorang wanita di Britain berkongsi khabar gembira kepada keluarga besarnya kerana bakal melahirkan anak yang ke-22 pada April depan.

Sue Radford, 44, dan suaminya Noel, 48, Sue Radford memuat naik rakaman ultrasound terbaharu yang menunjukkan kandungan kini mencecah usia 15 minggu di YouTube kelmarin.

"Saya berharap ia adalah bayi lelaki kerana kelahirannya akan menyeimbangkan bilangan 11 anak lelaki dan anak perempuan dalam keluarga kami," kata Radford yang juga sudah mempunyai tiga cucu.

Sebahagian ahli keluarga yang Radford.- FOTO:AGENSI
Sebahagian ahli keluarga yang Radford.- FOTO:AGENSI

Sebelum ini pasangan itu mengatakan bahawa selepas anak terakhir mereka lahir pada tahun 2018, tidak akan ada lagi ahli keluarga baharu keluarganya.

Pasangan terbabit mempunyai 21 cahaya mata berusia 30 tahun dan 18 bulan.

Difahamkan salah seorang anak pasangan ini yang dinamakan Alfie meninggal dunia ketika usia kandungan mencecah 23 minggu pada 2014.

Artikel Berkaitan:

Keluarga besar Radford.- FOTO:AGENSI
Keluarga besar Radford.- FOTO:AGENSI

Keluarga besar itu kini menetap di kediaman ala Victoria dilengkapi 10 bilik yang dibeli pada tahun 2004.

Kesemua mereka selain Chris dan Sophie masih tinggal bersama dalam satu rumah.

Walaupun mempunyai keluarga besar, mereka masih berpeluang bercuti bersama ke luar negara selain mereka sekeluarga juga gemar menonton wayang terutama pada cuti sekolah. - Agensi

Keluarga besar Radford.- FOTO:AGENSI
Keluarga besar Radford.- FOTO:AGENSI

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!