[VIDEO] Lewat sesaat nyawa melayang

Rakaman dashcam kereta peronda memaparkan kereta api merempuh kereta dengan laju.
Rakaman dashcam kereta peronda memaparkan kereta api merempuh kereta dengan laju.
A
A
A

UTAH - Tindakan pantas seorang pegawai peronda di Utah, Amerika Syarikat berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada dirempuh sebuah kereta api menjadi bualan hangat netizen.

Menerusi satu video perkongsian Utah Highway Patrol di Twitter, kejadian tu berlaku jam 6.50 petang waktu tempatan.

Video durasi 1 minit 13 saat itu diperolehi dari rakaman dashcam kereta peronda itu memaparkan Ruben Correa pantas membantu mangsa yang tersekat di dalam sebuah kereta di atas landasan kereta api.

Correa berlari pantas ke arah kereta tersebut yang tersangkut di landasan selepas terbabit dalam kemalangan.

Beliau berjaya menarik pemandu kereta itu keluar sebelum beberapa saat sebuah kereta api dengan laju merempuh dan mengheret kereta berkenaan. - Agensi

LINK TWITTER

Artikel Berkaitan: