Seorang lelaki di Perak dijangkiti Zika

Virus zika disebarkan nyamuk aedes iaitu nyamuk sama menyebarkan penyakit demam denggi dan chikungunya. (Gambar hiasan)
Virus zika disebarkan nyamuk aedes iaitu nyamuk sama menyebarkan penyakit demam denggi dan chikungunya. (Gambar hiasan)
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang lelaki berusia 30 tahun dijangkiti virus zika selepas mengalami gejala muntah dan cirit birit September lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan menerima satu notifikasi Sabtu lalu membabitkan kes tersebut.

"Pesakit mula mengalami gejala berkenaan pada 26 September dan dimasukkan ke hospital pada keesokan hari sebelum dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 29 September 2019.

"Ujian pengesahan dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) kelmarin mendapati pesakit disahkan positif jangkitan virus zika dan sekarang masih menerima rawatan serta stabil," katanya.

Menurutnya, kes tersebut menjadikan jumlah disahkan zika adalah sebanyak sembilan kes dalam tempoh empat tahun iaitu lapan kes pada tahun 2016 dan satu kes baharu Sabtu lalu.

"Virus zika disebarkan nyamuk aedes iaitu nyamuk sama menyebarkan penyakit demam denggi dan chikungunya.

"Jika dijangkiti virus ini pesakit mengalami ruam dengan dua atau lebih gejala lain iaitu demam, sakit badan, sakit sendi, sendi bengkak atau mata kemerahan.

Katanya, tindakan kawalan sudah dilaksanakan Pejabat Kesihatan Daerah dengan aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan aedes, larvasiding untuk membunuh jentik-jentik, pengeluaran notis di bawah Seksyen 8 bagi membersihkan tempat pembiakan berisiko dan semburan ruang termal.

Artikel Berkaitan: