Hairul Azreen padam komen Sheikh Muszaphar

Hairul Azreen berkongsi video mendirikan anak perempuannya, Alisa yang baharu sahaja berusia empat bulan di telapak tangannya di Instagramnya telah menarik perhatian di kalangan netizen.
A
A

PELAKON filem Paskal, Hairul Azreen berkongsi video mendirikan anak perempuannya, Alisa yang baharu sahaja berusia empat bulan di telapak tangannya di Instagramnya telah menarik perhatian di kalangan netizen.

Namun, video yang berdurasi 20 saat itu juga menarik perhatian angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang menegur tindakan Hairul yang mengimbangi anaknya disebabkan bayi tersebut belum cukup kuat untuk berdiri sendiri.

Dr Sheikh Muszaphar di ruangan komen telah menasihati pelakon tersebut agar tidak melakukan hal sedemikian kerana tulang bayi masih belum kuat menampung fizikalnya memandangkan dia belum lagi boleh berdiri sendiri.

Namun komen daripada angkasawan negara itu dilihat sudah tiada di ruangan komen Hairul yang dipercayai sudah dipadam olehnya.

Posting yang dimuat naik oleh Sheikh Muszaphar mengenai tindakan Hairul namun komen tersebut telah dipadam oleh pelakon tersebut.
Posting yang dimuat naik oleh Sheikh Muszaphar mengenai tindakan Hairul namun komen tersebut telah dipadam oleh pelakon tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pelakon tersebut jelas menunjukkan kaki anaknya seakan bengkok kerana tidak mampu menampung berat badannya setelah dipaksa berdiri di atas tangan Hairul.

Perkongsian video tersebut oleh Hairul telah tular di media sosial dan kini telah meraih sehingga 473,970 tontonan dan rata-rata netizen menyukai video tersebut yang selalu memuat naik gambar-gambar yang diuat naik bersama teman-teman serta ahli keluarga tercinta.

Tulis nurfaarah " Kuatnya kaki dia...alololo geramnya tengok dia,".

"Aku pula rasa takut alisa jatuh je nanti tapi abang hairul..fuhh hebatlah, " kata aqmuin954 di ruangan komen Instagram Hairul.