Budak jatuh longkang hilang dibawa arus deras

Anggota Bomba dan Penyelamat masih melaksanakan operasi mencari mangsa.
Anggota Bomba dan Penyelamat masih melaksanakan operasi mencari mangsa.
A
A
A

AMPANG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun terjatuh ke dalam longkang dan dipercayai hilang dibawa arus deras di Taman Bukit Teratai, di sini, tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 6.22 petang.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah bergegas ke lokasi kejadian.

Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh anggota bomba.

Artikel Berkaitan: