Warga emas hilang lepas keluar cari pucuk paku

Fatimah masih belum ditemui selepas keluar mencari pucuk paku pada Sabtu lalu.
Fatimah masih belum ditemui selepas keluar mencari pucuk paku pada Sabtu lalu.
A
A
A

BAGAN SERAI - Seorang warga emas dikhuatiri hilang selepas keluar mencari pucuk paku sejak Ahad lalu di Kampung Jaya, Batu 10, Jalan Kerian, Gunung Semanggol, di sini.

Fatimah Mat, 74, difahamkan keluar rumah kira-kira jam 10 pagi pada Sabtu lalu ke kawasan hutan belakang rumah anaknya namun tidak pulang sehingga ke hari ini.

Anaknya, Mohtar Abu Bakar berkata, dua laporan polis dibuat pada 6 dan 8 Oktober di Balai Polis Semanggol kerana bimbang sesuatu berlaku kepada orang tuanya itu.

Menurutnya, pencarian juga sudah dibuat bersama-sama orang kampung tetapi tiada sebarang petunjuk ditemui.

"Ibu saya memang dah lupa sikit. Tapi dia biasa keluar cari pucuk paku dan balik lepas itu. Cuma pada Ahad itu dia keluar tak balik-balik.

"Masa dia keluar pakai baju kurung Kedah berwarna hijau dan kelabu. Kalau ada sesiapa nampak tolonglah hubungi saya," katanya kepada Sinar Harian.

Mohtar berkata, keluarganya bimbang jika ibunya diserang haiwan liar di hutan tersebut selain keadaan kesihatan warga emas itu yang semakin uzur.

Katanya, berita kehilangan Fatimah itu turut tular di Facebook sejak Ahad lalu, namun tiada sebarang maklum balas diterima.

Artikel Berkaitan:

Menurut Mohtar, sehingga kini usaha pencarian membabitkan agensi berkaitan belum dimulakan tetapi dia amat berharap ibunya dapat ditemui segera.

Jelasnya, orang ramai yang pernah melihat atau terserempak dengan warga emas itu diminta untuk menghubunginya di talian 013-4792601 atau pihak polis.