Pemandu rentung tersepit dalam MPV

Mangsa rentung dipercayai tersepit dalam MPV dipandu. - Foto Ihsan PDRM
Mangsa rentung dipercayai tersepit dalam MPV dipandu. - Foto Ihsan PDRM
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang pemandu rentung selepas kenderaan yang dipercayai dipandu sendirian terbakar dalam kemalangan di Jalan Pulau Gadong di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.35 pagi mangsa yang belum dikenal pasti memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyoya Innova dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebatang pokok.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, akibat rempuhan itu mangsa yang dipercayai dalam perjalanan bertemu seorang rakannya di Tampin, Negeri Sembilan tersepit sebelum kenderaannya terbakar.

"Bagaimanapun rakan mangsa memberitahu sebelum kejadian dia dan mangsa keluar bersia-siar di sekitar bandar Melaka namun lebih kurang jam 4 lagi mangsa meminjam kereta terbabit untuk pergi ke Tampin bersendirian.

"Selepas sejam rakannya cuba menghubungi mangsa menerusi telefon bimbit namun tidak berjaya sehinggalah jam 7 pagi rakannya itu dihubungi ibu yang memaklumkan kemalangan membabitkan mangsa di Pulau Gadong.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah.

Kenderaan Toyota Innova yang dipandu mangsa terbabas lalu melanggar pokok sebelum terbakar hingga mengakibatkan mangsa yang tersepit gagal menyelamatkan diri. - Foto Ihsan PDRM
Kenderaan Toyota Innova yang dipandu mangsa terbabas lalu melanggar pokok sebelum terbakar hingga mengakibatkan mangsa yang tersepit gagal menyelamatkan diri. - Foto Ihsan PDRM

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kenderaan terbabit akan dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan lanjut," katanya.