BN umum calon selepas runding parti komponen, Pas

No Image Caption
A
A
A

ALOR SETAR - Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Johor akan diumumkan selepas rundingan bersama parti komponen BN termasuk Pas.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan ditentukan sejurus rundingan bersama semua pihak terlibat selesai.

Bagaimanapun katanya, setakat ini tiada desakan daripada mana-mana pihak untuk meletakkan calon Melayu di kerusi terbabit.

“Biarlah kita tentukan selepas perundingan bersama semua parti komponen BN dan Pas selesai,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian Persidangan Muafakat Nasional peringkat negeri Kedah bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di sini hari ini.

Khamis lalu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong enggan mendedahkan butiran pertemuan dengan Ahmad Zahid selepas mengadakan perbincangan bagi memastikan kemenangan BN di kerusi itu sama ada mengekalkan tradisi meletakkan calon MCA atau calon Melayu.

Ahmad Zahid (dua dari kiri) dan Abdul Hadi (tiga dari kanan) menunjukkan resolusi Muafakat Nasional peringkat negeri Kedah yang diserahkan sempena persidangan di sini hari ini.
Ahmad Zahid (dua dari kiri) dan Abdul Hadi (tiga dari kanan) menunjukkan resolusi Muafakat Nasional peringkat negeri Kedah yang diserahkan sempena persidangan di sini hari ini.

Menurutnya, keputusan berhubung calon akan diumumkan secara kolektif di peringkat pusat BN.

Sebelum itu, Ketua MCA Bahagian Kapar, Song Kee Chai dan ahlinya berikrar untuk keluar parti jika UMNO meletakkan calon di kerusi berkenaan kerana menegaskan kerusi itu secara tradisinya milik MCA.

Artikel Berkaitan:

Kee Chai seperti dipetik akhbar Sinchew Daily berkata, jika UMNO meletakkan calon MCA harus meletakkan calon sendiri di kawasan itu.

Kerusi Parlimen Tanjung Piai kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Farid Md Rafik yang meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital Pontian pada 21 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: PRK Tanjung Piai: Pas anggap BN lebih berhak

PRK Tanjung Piai: Pas susun gerak kerja minggu depan