Dua maut dirempuh lori muatan gas

Dua maut selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran Kesedar Paloh 1, di sini.
Dua maut selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran Kesedar Paloh 1, di sini.
A
A
A

GUA MUSANG - Dua maut selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran Kesedar Paloh 1, di sini.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu melibatkan pacuan empat roda dan lori muatan gas.

Difahamkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan tersepit dalam kenderaan yang dinaiki jenis Toyota Hilux.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin mengesahkan kejadian.

Ekoran insiden itu, laluan dari Kuala Krai ke Gua Musang berlaku kesesakan hampir tiga kilometer apabila lori yang terlibat menghalang laluan.

[AKAN MENYUSUL]

Artikel Berkaitan: