X

Kindly register in order to view this article
!

Budak OKU rentung dalam kebakaran

Orang ramai melihat keadaan rumah yang musnah.
A
A

TANAH MERAH - Seorang kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 11 tahun rentung dalam satu kebakaran rumah di Kampung Paku, Gual Ipoh di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Rafain Mat Zain berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan rentung selepas api berjaya dipadamkan.

Asap hitam menyelubungi kawasan kebakaran.
Asap hitam menyelubungi kawasan kebakaran.

Menurut Mohd Rafain, kejadian tersebut berlaku pada jam 11.40 pagi dan 12 anggota termasuk pegawai bersama dua jentera balai bomba Tanah Merah dan Machang bergegas ke lokasi kejadian.

"Kita dapati api sedang marak membakar kediaman separa kayu itu.

“Api berjaya dikawal dan padam pada jam 12.30 tengah hari.

"Hasil siasatan awal, kita dapati kira-kira 80 peratus daripada rumah tersebut musnah," katanya.

Sementara itu, jenazah kanak-kanak tersebut dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.

Beliau berkata, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Rumah yang sedang dijilat api dapat dilihat dengan jelas dari kediaman jiran.
Rumah yang sedang dijilat api dapat dilihat dengan jelas dari kediaman jiran.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus