PRK Tanjung Piai uji 'perkahwinan' UMNO-Pas

Salahuddin Ayub. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Salahuddin Ayub. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PONTIAN- Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai disifatkan paling dramatik kerana akan menguji sejauh mana 'perkahwinan' UMNO dan Pas dapat menyakinkan pengundi Melayu.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub berkata, tidak banyak isu tempatan akan dimainkan sebaliknya pada masa kini isu nasional lebih menarik perhatian.

Katanya, isu agama dan perkauman akan menjadi senjata pembangkang kerana kedua- duanya sedang hangat diperkatakan.

"Bagi MCA pula saya yakin mereka juga mahu membuat ujian sejauh mana parti itu ada peranan kerana mendakwa pengundi Cina sudah kembali kepada Barisan Nasional ( BN).

"Pilihan raya ini juga menjadi satu 'test ground' bagi MCA kerana kawasan ini (Tanjung Piai) mempunyai 41.6 peratus pengundi Cina," katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang di Pontian, Johor.

Salahuddin ( dua dari kanan) sewaktu sidang media PRK Tanjung Piai di Pusat Khidmat DUN Pekan Nanas, di sini hari ini.
Salahuddin ( dua dari kanan) sewaktu sidang media PRK Tanjung Piai di Pusat Khidmat DUN Pekan Nanas, di sini hari ini.

Salahudin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani PRK Tanjung Piai tidak menafikan PRK Tanjung Piai akan menjadi ujian besar kepada Pakatan Harapan( PH) untuk terus mempertahankan kerusi Parlimen itu.

Bagaimanapun beliau yakin rakyat Tanjung Piai mampu membuat pilihan adil kerana rekod baik Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik semasa menjadi Ahli Parlimen sekaligus memberi mandat kepada PH.

Artikel Berkaitan:

Semalam Dewan Rakyat mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan luar jangka Kerusi Parlimen Tanjung Piai, Johor berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik.

Md Farid, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meninggal dunia pada jam 6 pagi Sabtu lalu di Hospital Pontian, Pontian akibat serangan jantung.