X

Kindly register in order to view this article
!

PRK Tanjung Piai: PH mesyuarat dalam masa terdekat

A
A

1-PRK Tanjung Piai: PH mesyuarat dalam masa terdekat

Pakatan Harapan (PH) dijangka akan bermesyuarat dalam masa terdekat berhubung kekosongan kerusi Parlimen Tanjung Piai berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik awal pagi Sabtu lalu.

Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, mesyuarat itu akan dilakukan sebaik sahaja menerima notis daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dr Farid, yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital Pontian, Johor, jam 6 pagi Sabtu lalu.

2-Kes rasuah Ahmad Zahid akan difail untuk didengar di Mahkamah Tinggi

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini memberitahu 40 pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) yang dihadapi bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan difailkan untuk didengar di Mahkamah Tinggi oleh pihak pembelaan.

Peguam, Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid memaklumkan demikian ketika prosiding pengurusan kes itu di hadapan Hakim, Rozilah Salleh.

3-Rujuk badan terlibat sebelum dedah: Mufti Pulau Pinang

Pihak yang menemui elemen negatif atau bahan meragukan dalam wang kertas disarankan supaya tidak mendedahkan penemuan tersebut ke pengetahuan umum sebelum menyampaikan maklumat berkenaan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) atau mana-mana badan yang terlibat.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Mohd Noor berkata, dengan menggunakan kaedah sedemikian, isu tersebut dapat diselidiki dan diatasi secara senyap serta cermat untuk memastikan kesahihannya.

Menurutnya, tindakan itu dilihat lebih baik dan bijaksana daripada mendedahkannya secara langsung ke pengetahuan masyarakat di luar sana.

4-Jerebu: Tidak adil salahkan industri kelapa sawit

Tidak adil untuk terus menyalahkan industri kelapa sawit setiap kali berlaku jerebu kerana banyak syarikat itu mematuhi piawaian pertanian yang mampan, kata Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Beliau berkata, ini kerana syarikat-syarikat perladangan besar tidak akan mengamalkan pembakaran terbuka kerana mereka patuh kepada prinsip pertanian yang baik sama ada Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) atau Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO).

5-Piala Malaysia: Dollah mahu anak buah kekal konsisten

Masih ada satu perlawanan perlu dihadapi Pahang biarpun membawa pulang bekalan selesa selepas menundukkan Melaka United 3-0 pada aksi suku akhir Piala Malaysia di tempat lawan malam tadi, kata Ketua Jurulatihnya, Dollah Salleh.

Beliau turut mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu selesa dengan kemenangan yang diraih itu sebaliknya mengekalkan aksi konsisten untuk mara ke pusingan seterusnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!