Lelaki sesak nafas, rumah kedai terbakar

Anggota bomba terpaksa menyelamatkan seorang lelaki menggunakan tangga dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.
Anggota bomba terpaksa menyelamatkan seorang lelaki menggunakan tangga dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.
A
A
A

DENGKIL - Seorang lelaki mengalami sesak nafas apabila rumah kedai dihuninya di Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri di sini terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian melalui talian MERS 999 pada jam 3.24 pagi.

Unit rumah kedai yang terbakar dalam kejadian pagi tadi.
Unit rumah kedai yang terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Menurutnya, seramai 16 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya dan BBP KLIA bergegas ke lokasi.

"Menurut komander operasi, kebakaran melibatkan bangunan rumah kedai tiga tingkat kelas A dan api marak di tingkat satu.

"Terdapat seorang penghuni yang berada di tingkat dua terpaksa diselamatkan oleh anggota bomba menggunakan tangga.

"Mangsa dikenali sebagai Soon Yew Choy berusia 51 tahun yang mengalami sesak nafas dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, anggota bomba mengambil masa hampir 20 minit untuk mengawal api daripada merebak sebelum dapat memadamkan kebakaran sepenuhnya pada jam 4 pagi.

Artikel Berkaitan: