Kekalahan cukup menyakitkan: Klopp

Klopp menyifatkan kekalahan kepada Napoli sebagai sesuatu yang sukar diterima.
Klopp menyifatkan kekalahan kepada Napoli sebagai sesuatu yang sukar diterima.
A
A
A

JURGEN Klopp menyifatkan kekalahan 0-2 kepada Napoli pada aksi Kumpulan E saingan Liga Juara-Juara di Stadium San Paolo awal pagi semalam sesuatu yang menyakitkan.

Pengendali The Reds itu berkata, jentera penyandang juara itu mampu menyaingi dan mendominasi serta mengucar-ngacirkan benteng tuan rumah sepanjang perlawanan berkenaan.

“Kekalahan ini cukup menyakitkan tidak hanya bagi pemain tapi juga bagi saya kerana kami memiliki keyakinan tinggi untuk menang.

“Kami menguasai serangan pantas tetapi kami tidak menyudahkannya dengan baik, dan itu menjadi masalah kepada kami,’’ kata Klopp.

Reds tumbang di laman lawan hasil jaringan Dries Mertens dan Fernando Llorente pada perlawanan sarat aksi penuh drama ditambah dengan penalti kontroversi minit ke-82 yang disempurnakan Mertens.

Pada masa sama Klopp juga kecewa dengan keputusan pengadil yang menghadiahkan penalti kepada skuad kendalian Carlo Ancelotti itu.

Menurutnya, pengadil tidak seharusnya dengan mudah memberikan The Parthenopeans peluang untuk mendahului lawan mereka.

‘’Secara peribadi, Napoli tidak seharusnya diberikan sepakan penalti kerana sangat jelas situasi berkenaan tiada berlaku sentuhan dalam kotak penalti.

Artikel Berkaitan:

“Apapun kita tidak boleh mengubah keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan,” kata Klopp yang akur dengan kekalahan kepada jagoan Serie A berkenaan.

Bagaimanapun, bekas pengendali Borussia Dortmund itu optimis kekalahan tersebut tidak akan mematikan semangat pemain Liverpool untuk bangkit pada aksi seterusnya dalam misi mempertahankan kejuaraan berprestij bola sepak kelab benua Eropah berkenaan.

‘’Kami bermain dengan baik tetapi tidak mampu mengakhirinya dengan baik. Kami mampu menciptakan banyak momentum, tetapi tidak punya banyak peluang untuk menyelesaikannya,’’ kata Klopp.