Dua mayat daripada tiga beradik dihanyut ombak ditemui

Suasana pilu menyelubungi pusat gerakan mencari dan menyelamat sebaik sahaja mayat pertama, Nurain Sofia berjaya ditemui.
Suasana pilu menyelubungi pusat gerakan mencari dan menyelamat sebaik sahaja mayat pertama, Nurain Sofia berjaya ditemui.
A
A
A

DUNGUN - Mayat dua daripada tiga beradik yang hilang dihanyut ombak besar di pantai Sura ditemui awal pagi ini.

Mayat Nurain Sofia Zawawi, 8, ditemui pada jam 7.30 pagi dalam jarak 10 meter dari pesisir pantai di kawasan Teluk Gadung dalam keadaan terapung.

Mayat kedua, Nurain Sasabila Zawawi, 6, ditemui dua jam kemudian juga dalam keadaan terapung pada jarak 1.5 kilometer dari lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Mohd Zohan Seman berkata, operasi pada hari ini bermula pada jam 7.00 pagi membabitkan kira-kira 73 anggota daripada pelbagai agensi.

"Operasi melibatkan anggota bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan polis.

Mayat Nurain Sasabila ditemui terapung dalam jarak 10 meter dari pesisir pantai di Teluk Gadung
Mayat Nurain Sasabila ditemui terapung dalam jarak 10 meter dari pesisir pantai di Teluk Gadung

"Operasi pada hari ini akan diperluas dalam jarak 5 hingga 10 kilometer dari lokasi kejadian.

"Dengan penemuan dua mayat ini, kita yakin seorang lagi mangsa berada tidak jauh dari lokasi penemuan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat Nurain Fatma, 10, giat dijalankan walaupun pasukan penyelamat berdepan sedikit kesukaran.

No Image Caption

"Ombak besar dan angin kuat menyukarkan operasi tetapi ia tidak menjadi halangan kepada anggota menjalankan tugas dengan sebaik mungkin," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang semalam, tiga beradik yang datang dari Kelantan untuk bercuti bersama ibu saudaranya hanyut ditelan ombak besar ketika bersiar-siar di tepi pantai.