Jerebu 'tenggelamkan' Pulau Pisang

Pulau Pisang tidak kelihatan ketika jerebu.
Pulau Pisang tidak kelihatan ketika jerebu.
A
A
A

PONTIAN - Pemandangan indah Pulau Pisang yang menjadi tarikan kawasan pesisir pantai di daerah ini seakan-akan 'tenggelam' apabila pulau itu langsung tidak kelihatan sejak kelmarin akibat jerebu.

Tinjauan Sinar Harian ke Taman Awam Tepi Laut Pontian itu mendapati walaupun cuti hujung minggu dan Hari Malaysia, jumlah pengunjung yang melawat ke taman tersebut berkurangan berbanding biasa.

Beberapa pengunjung yang ditemui mengakui pemandangan pesisir pantai di daerah itu kurang menarik tanpa Pulau Pisang yang tidak kelihatan.

Aktiviti riadah masih dilakukan dilakukan di pesisir pantai di Pontian.
Aktiviti riadah masih dilakukan dilakukan di pesisir pantai di Pontian.

Bagaimanapun pengunjung yang ditemui mengakui pemandangan pesisir pantai di daerah kurang menarik tanpa Pulau Pisang yang tidak kelihatan. Selain itu tinjauan yang dilakukan jeti nelayan di Sungai Pontian Kechill berdekatan dengan kawasan Taman Awam Tepi Laut Pontian mendapati bot-bot nelayan tidak ke laut.

Semalam 100 buah sekolah di daerah ini di arah tutup susulan Indeks Pencemaran Udara ( IPU) mencapai 220 iaitu sangat tidak sihat.

Artikel Berkaitan: