Ampang Jaya BC benam Bandar Maharani BC

Pemain perseorangan wanita Ampang Jaya BC, Goh Jin Wei menang 3-1 (11-7 6-11 11-5 11-6) mengatasi pemain Bandar Maharani BC, Chasinee Korepap.
Pemain perseorangan wanita Ampang Jaya BC, Goh Jin Wei menang 3-1 (11-7 6-11 11-5 11-6) mengatasi pemain Bandar Maharani BC, Chasinee Korepap.
A
A
A

PASUKAN pilihan, Kelab Badminton (BC) Ampang Jaya mencapai misi mereka untuk memimpin carta SS Purple League (SSPL) 2018/19 setelah menang 15-4 mengatasi Bandar Maharani BC dalam perlawanan kelima round robin di Gem In Mall tadi.

Kedudukan itu bagaimanapun masih tergugat sekiranya pasukan di tangga ketiga, Puchong United BC yang turun beraksi malam ini mampu mencatatkan kemenangan besar ke atas lawan mereka.

Tan Jia Wei memulakan aksi dengan baik buat pasukan Ampang Jaya BC dalam acara perseorangan lelaki selepas pemain itu menjinakkan wakil Bandar Maharani BC, Lim Chong King 3-1 (11-3 11-7 9-11 11-4).

Selepas itu, dalam acara perseorangan wanita, Goh Jin Wei terus menjarakkan pungutan mata menjadi 6-2 buat Ampang Jaya BC selepas dia menang 3-1 (11-7 6-11 11-5 11-6) mengatasi pemain Bandar Maharani BC, Chasinee Korepap.

Ampang Jaya BC bertambah selesa setelah gandingan Low Juan Shen- Lukhi Apri Nugroho terus menguasai acara beregu lelaki. Mereka mengatasi gandingan Bandar Maharani BC, Goh Sze Fei- Nur Izzuddin Mohd Rumsani juga dengan 3-1 (8-11 11-10 11-6 11-8) bagi mendahului kutipan mata kepada 9-3.

Dalam acara beregu campuran, Ampang Jaya BC terus mempersembahkan permainan selaku pasukan pilihan musim ini. Pasangan Chan Peng Soon- Shevon Lai Jemie menjadikan pasukan Ampang Jaya BC semakin selesa 12-3 di depan setelah menang mudah 3-0 (11-10 11-9 11-8) mengalahkan Lee Meng Yean- Wong Tien Ci dalam masa 25 minit.

Pasangan beregu campuran Ampang Jaya BC, Chan Peng Soon- Shevon Lai Jemie turut menang ke atas Lee Meng Yean- Wong Tien Ci semasa menentang Bandar Maharani BC dalam saingan SSPL tadi.
Pasangan beregu campuran Ampang Jaya BC, Chan Peng Soon- Shevon Lai Jemie turut menang ke atas Lee Meng Yean- Wong Tien Ci semasa menentang Bandar Maharani BC dalam saingan SSPL tadi.

Hari gemilang Ampang Jaya BC disempurnakan oleh Lee Zii Jia yang turun dalam satu lagi acara perseorangan lelaki. Dia menang 3-1 (11-10 8-11 11-5 11-5) ke atas Ng Jun Yan untuk membantu kejayaan Ampang Jaya BC hari ini.

Artikel Berkaitan:

Pengurus Ampang Jaya BC, Ho Khek Mong yang ditemui selepas perlawanan berkata, beliau gembira dengan kemenangan hari ini kerana ia adalah semangat yang bagus buat pemain.

"Kita mendapat 15 mata maksimum dan berjaya merampas kedudukan paling atas liga.

“Dalam dua lagi baki perlawanan kita akan berdepan Bukit Mertajam All Stars BC dan Serdang BC. Ini adalah kelebihan untuk kita bagi mempertahankan kedudukan teratas iaitu seperti mana sasaran awal kita di pusingan pertama,” kata Khek Mong.