Harga dron naik gara-gara perang dagang AS dan China

CONTOH dron.
A
A

GARA-GARA perang dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China mengakibatkan harga dron meningkat sebanyak 15 peratus.

SYARIKAT dron terkenal China, DJI telah menaikkan harga jualan teknologi sebanyak 15 peratus dari harga asal sebelum ini, lapor Agensi.

Pendekatan itu terpaksa dilakukan susulan daripada keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang menaikkan tarif tambahan untuk produk yang berasal dari negara berkenaan yang diimport ke AS.

“Kenaikan tarif import adalah kesan daripada perang dagangan antara AS dan China,” kata jurucakap DJI.

Menurut jurucakap itu lagi, pihak perusahaan telah mempertimbangkan banyak faktor ketika merekomendasikan harga dagangan produk DJI yang dipasarkan ke peringkat global.

“Gara-gara kenaikan tarif baru-baru ini, DJI kini telah memperbaharui harga produk-produknya. Kami telah pun mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berlaku di negara tempat kami beroperasi,” tambahnya.

Sebagai contoh, di AS, Dron DJI Mavic 2 Pro kini dipasarkan pada harga AS$1,729 berbanding AS$1,499 sebelum ini.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia