Kakitangan Ekspres Perdana bersihkan Pantai Irama

Kakitangan Ekspres Perdana menjayakan program CSR membersihkan Pantai Irama semalam.
Kakitangan Ekspres Perdana menjayakan program CSR membersihkan Pantai Irama semalam.
A
A
A

BACHOK - Seramai 40 kakitangan Ekspres Perdana melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan membersih Pantai Irama di sini semalam.

Pengarah Urusannya, Laili Ismail berkata, program gotong-royong bertemakan 'We Care, We Clean' yang diadakan selama tiga jam itu diadakan bersempena bulan kemerdekaan negara.

Menurutnya, program itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran warga kerja Ekspres Perdana dalam menjaga kebersihan selari saranan kerajaan merealisasikan kempen Sayangi Malaysiaku, Malaysiaku Bersih.

"Kita memulakan aktiviti membersih pantai jam 7.45 pagi termasuk mengutip sampah di celah-celah batu benteng pemecah ombak.

"Kita berbesar hati kerana turut menyumbang kepada usaha menjaga imej bersih negeri ini," katanya.

Menurutnya, pada masa sama warga kerja Ekspres Perdana dipupuk dengan nilai murni dan semangat patriotik.

Katanya, mereka juga diminta bersyukur dengan nikmat kemerdekaan negara yang dinikmati kini.

"Kami mahu terus melahirkan pekerja bertanggungjawab dan memiliki nilai kemanusiaan tinggi," katanya.

Artikel Berkaitan: