Warga emas maut ketika melintas

Pasukan bomba dan penyelamat terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Pasukan bomba dan penyelamat terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki maut dirempuh ketika melintas jalan dekat Kilometer (KM) 13 Jalan Kuala Ketil-Sungai Petani berdekatan simpang Kampung Jerong, 12.10 tengah malam tadi.

Mangsa, Khamis Saad, 63, dari Kampung Lubuk Saga, Sidam Kiri, dilaporkan baharu sahaja keluar dari sebuah premis, melintas jalan secara tiba-tiba menuju ke arah kereta bersama rakan sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Proton Wira.

Akibat kejadian, mangsa meninggal dunia selepas tercampak ke bonet hadapan kereta menyebabkan cermin hadapan pecah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai yang memenuhi lokasi kejadian di KM1 dekat Pekan Lama Sungai Petani.
Orang ramai yang memenuhi lokasi kejadian di KM1 dekat Pekan Lama Sungai Petani.

Sementara itu, seorang penunggang motosikal patah kaki kanan apabila tersepit dalam kemalangan di KM1 jalan yang sama kira-kira jam 1.56 pagi tadi.

Adzli berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z sedang membuat pusingan U, dilanggar oleh sebuah lori yang datang secara tiba-tiba.

Akibat pelanggaran, mangsa dan motosikalnya terperosok ke bawah lori, sehingga menyebabkan terpaksa meminta bantuan pasukan penyelamat bagi mengeluarkan mangsa.

Artikel Berkaitan: