'Tak tahu anak saudara ke Perak'

Keadaan kereta yang dinaiki mangsa rentung selepas melanggar tiga jentera pembinaan jalan.
Keadaan kereta yang dinaiki mangsa rentung selepas melanggar tiga jentera pembinaan jalan.
A
A
A

SERI MANJUNG - Ibu saudara salah seorang mangsa kemalangan di Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) Seksyen 10 dari Changkat Cermin ke Beruas malam kelmarin tidak tahu anak saudaranya ke Perak untuk menghadiri perkahwinan rakannya di Beruas.

Wanita yang enggan namanya disiarkan berkata, sekiranya dia tahu anak saudaranya, S Mahendran, 26, yang tinggal di Johor Bahru ada di Beruas, dia akan melarang daripada mengikut rakan-rakannya ke lebuh raya tersebut yang belum dibuka kepada orang ramai.

"Kami terkejut menerima panggilan mengatakan Mahendran terlibat dalam kemalangan di lebuh raya tersebut kerana kami tidak tahu dia ada balik ke sini dan tidak sangka dia turut terbunuh.

"Kalau saya tahu dia ada di sini dan mahu ikut lebuh raya baharu itu saya akan larang kerana dia masih muda lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Seri Manjung di sini hari ini.

Saudara kedua-dua mangsa yang maut menunggu di pekarangan Jabatan Forensik HSM bagi menuntut mayat.
Saudara kedua-dua mangsa yang maut menunggu di pekarangan Jabatan Forensik HSM bagi menuntut mayat.

Menurut ibu saudara mendiang, anak saudaranya itu yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik datang ke Perak menaiki bas dari Johor Bahru dan turun ke Seri Manjung sebelum dijemput rakan-rakannya.

"Hanya abang dia sahaja yang datang ke hospital ini uruskan mayat dia untuk dibawa pulang ke Taman Daya, Johor Bahru. Ibu bapanya menanti di sana dan kami semua saudara akan mengiringi mayatnya dari sini sehingga ke Johor Bahru," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan dalam kemalangan kira-kira jam 11 malam itu, pemandu kereta, R Arigaran, 28, dan penumpang hadapan Mahendran maut di tempat kejadian sementara seorang lagi penumpang berusia 30 tahun dilaporkan parah.

No Image Caption

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, kejadian berlaku apabila kereta jenis Audi dinaiki tiga lelaki dari arah Tol Batu 19 Ayer Tawar menghala ke Beruas hilang kawalan dan melanggar tiga jentera pembinaan jalan yang diparkir di bahu jalan lalu terbakar.

"Siasatan awal mendapati kenderaan itu menceroboh masuk ke laluan kawasan pembinaan lebuh raya berkenaan.

"Siasatan lanjut kini dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua lelaki rentung dalam nahas jalan raya