ADUN Lenggeng dilantik Ketua Amanah Seremban

Barisan AJK Baharu Amanah Kawasan Seremban penggal 2019-2022. Turut kelihatan Suhaimi Kasim (tiga dari kiri).
Barisan AJK Baharu Amanah Kawasan Seremban penggal 2019-2022. Turut kelihatan Suhaimi Kasim (tiga dari kiri).
A
A
A

SEREMBAN - Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohd Omar tewas dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Amanah kawasan Seremban pada Mesyuarat Tahunan Kawasan Seremban, semalam.

Beliau yang sebelum ini menjawat jawatan Ketua Amanah Kawasan Seremban, digantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Suhaimi Kasim setelah namanya tidak tercalon dalam senarai 15 AJK utama bagi kawasan tersebut.

Menurut Setiausaha Parti Amanah Negeri, Mohd Zainuddin Mohammad, seramai 42 perwakilan daripada cawangan Ampangan dan Lenggeng termasuk Sayap Wanita Seremban layak untuk melakukan pemilihan yang berlangsung di Hotel One Garden, Senawang.

“Proses pengundian bagi memilih 15 AJK bagi kawasan Seremban berjalan dengan lancar dan penuh harmoni.

“Hasil pemilihan jawatankuasa baru itu, mereka sebulat suara melantik Suhaimi selaku Ketua Amanah Kawasan Seremban bagi penggal baru sehingga 2022 menggantikan Zulkefly yang memegang jawatan tersebut sejak 2015,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Dalam pemilihan tersebut, MK Ibrahim Abd Rahman dilantik sebagai Timbalan Ketua Amanah Kawasan Seremban, manakala Naib Ketua Amanah Kawasan Seremban I milik Zainal Ismail dan Naib Ketua Kawasan Seremban II, Zainal Husein.

Tambah Zainuddin, sebanyak tiga lagi kawasan iaitu Rembau, Jelebu dan Rasah akan mengadakan pemilihan dalam masa terdekat bagi memilih perwakilan jawatankuasa baru untuk tempoh tiga tahun.

Sementara itu, Zainuddin juga memberitahu Konvensyen Parti Amanah Negara Negeri Sembilan akan diadakan 28 Oktober ini di Klana Resort dan dijangka dirasmikan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Artikel Berkaitan: