'Hafiz selalu ajak rakan ke surau'

Antara kalangan sahabat keluarga mangsa yang menunggu di lokasi kejadian di Sungai Sepang, Bagan Nelayan, hari ini.
Antara kalangan sahabat keluarga mangsa yang menunggu di lokasi kejadian di Sungai Sepang, Bagan Nelayan, hari ini.
A
A
A

SEPANG - "Bila hampir masuk waktu Maghrib, Hafiz akan pergi ke rumah rakan-rakannya untuk pergi ke surau bersama," demikian kata salah seorang jiran, Zahir Kassim, 51, yang senang dengan sikap Allahyarham.

Menurutnya, dia memang kenal rapat dengan Muhammad Hafiz.

"Hubungan keluarga saya dengan keluarganya memang baik. Dia dan anak-anak saya pun rapat. Makan sama-sama itu biasa antara keluarga kita.

"Ikut daripada cerita mak dia, tiada perubahan pada sikap Hafiz. Semuanya seperti biasa," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Sungai Sepang, Bagan Lalang, Sepang, hari ini.

Zahir ditemui bersama jiran lain yang setia menunggu sejak semalam selepas dimaklumkan kejadian lemas membabitkan dua beradik, Muhammad Hafiz Mohd Zainal, 14 dan adiknya Siti Nuralya, 11.

Tambahnya, dia dimaklumkan kejadian mengejutkan itu daripada isterinya kira-kira jam 4 petang semasa dalam perjalanan pulang dari Melaka.

"Saya terus bergegas pulang ke rumah di Taman Putra Perdana, Puchong sebelum mengambil isteri dan bersama jiran lain untuk terus ke Bagan Lalang.

"Saya diamanahkan keluarga mangsa untuk menguruskan segala urusan di lokasi kejadian sementara ibu bapa mangsa yang menguruskan urusan kebumi jenazah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa lemas dihanyutkan arus ketika mandi di muara itu bersama empat yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat Siti Nuralya ditemui tersangkut di akar kayu