Kemerdekaan bukan sekadar kibar Jalur Gemilang

Nik Mohd Abduh (kanan) menyaksikan pertandingan Beyblade di AmKist hari ini.
Nik Mohd Abduh (kanan) menyaksikan pertandingan Beyblade di AmKist hari ini.
A
A
A

BACHOK - Meraikan kemerdekaan bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang semata-mata, sebaliknya rakyat perlu menghayatinya dan sama-sama menjaga kemakmuran negara.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, keamanan dan keharmonian adalah nikmat yang tidak terhingga.

Katanya, rakyat mesti bersyukur dan berdoa agar suasana baik itu berkekalan.

"Selebihnya kita mengisi kemerdekaan negara dengan perkara positif, harapan kita agar generasi seterusnya turut menikmati keamanan negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Merdeka Akademi Memandu Kist (AmKist) 2019 di Kandis hari ini.

Antara aktiviti yang diadakan AmKist adalah pertandingan Beyblade, mewarna, peragaan baju merdeka dan ayam sorak.

Program itu sebagai usaha menyemai semangat patriotik kaki tangan AmKist dan masyarakat sekitar.

Artikel Berkaitan: