Gerakan cari seorang lagi mangsa kebakaran diteruskan

Pasukan bomba sedang giat menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.(Gambar kecil, Mohd Sani)
Pasukan bomba sedang giat menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.(Gambar kecil, Mohd Sani)
A
A
A

KUANTAN - Gerakan mencari seorang lagi mangsa kebakaran di pekan Sungai Lembing masih diteruskan.

Timbalan Pengarah Bomba Pahang, Mohd Sani Harul berkata, mangsa dipercayai seorang warga emas yang terperangkap dalam salah sebuah premis berkenaan.

Menurutnya, setakat ini isteri kepada mangsa berjaya ditemui kira-kira jam 5.50 pagi tadi.

“Saya difahamkan kedua-dua mangsa berusia lebih 70 tahun dan pasukan forensik kebakaran sedang menggerakkan kerja mencari,” katanya ketika ditemui pemberita di pekan Sungai Lembing, hari ini.

Mohd Sani berkata, kebakaran yang berlaku awal pagi itu melibatkan 20 premis perniagaan dan 12 rumah kediaman termasuk perpustakaan awam.

Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Seorang mangsa kebakaran ditemukan rentung

Artikel Berkaitan:

Dua mangsa terperangkap dalam kebakaran 31 premis