Wanita nekad curi produk anti-penuaan

 Seorang wanita nekad memecah masuk sebuah klinik Botox di Texas dan mencuri produk anti-penuaan. - Foto dailysunpost
Seorang wanita nekad memecah masuk sebuah klinik Botox di Texas dan mencuri produk anti-penuaan. - Foto dailysunpost
A
A
A

TEXAS - Seorang wanita dirakam menggunakan 'power saw' untuk memecah masuk sebuah klinik Botox di Texas, Amerika Syarikat dan mencuri produk anti-penuaan.

Dalam rakaman video keselamatan yang diperoleh daripada Jabatan Polis Sugar Land, kelihatan seorang wanita dipercayai berusia antara 35 ke 45 tahun cuba mengumpil pintu kaca di Botox RN MD Spa pada jam 8.25 malam (waktu tempatan) Jumaat minggu lalu.

Apabila usahanya tidak berjaya, suspek kemudian membawa keluar 'power saw' dan membuat lubang di pintu untuk membolehkannya masuk ke dalam premis.

Pemilik premis berkenaan, Alonso Perez berkata, dia terkejut apabila melihat video tersebut.

Difahamkan, suspek yang memandu SUV Mercedes tanpa nombor plat hadapan itu masih belum diberkas dan pihak berkuasa sedang giat melakukan siasatan.

Sementara itu, pemilik premis menawarkan ganjaran lumayan untuk sebarang maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan suspek. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!