Puzzle merdeka terbesar pecah rekod Malaysia

Puzzle terbesar berjaya disempurnakan sempena Aspirasi Merdeka.
Puzzle terbesar berjaya disempurnakan sempena Aspirasi Merdeka.
A
A
A

KUANTAN - Lebih 100 murid pelbagai kaum semalam memecah rekod negara apabila berjaya menyiapkan 'puzzle' (susun suai gambar) terbesar bersaiz 8.2 X 4 meter bertemakan Bulan Kemerdekaan.

Mereka ialah warga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Min, Sekolah Kebangsaan Beserah dan Sekolah Kebangsaan Pelindung.

Pengurus Acara dan Komunikasi Korporat Malaysia Book Of Records Sdn Bhd, Aaron Bong berkata, puzzle gergasi tersebut menepati piawaian minimum yang ditetapkan pihaknya, sekali gus melayakkannya terpahat sebagai sejarah.

"Ini adalah puzzle terbesar pertama yang disiapkan oleh warga sekolah berlatarbelakangkan pelbagai kaum. Kami sangat mengalu-alukan inisiatif kemerdekaan seperti ini kerana ia melambangkan perpaduan di negara kita," katanya ketika ditemui di SJKC Kong Min, Beserah di sini semalam.

Aaron
Aaron

Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Parlimen Indera Mahkota dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang sempena program Aspirasi Merdeka anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia menerusi Pahang FM.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Abdul Muis Shefii berkata, Aspirasi Merdeka Peringkat Negeri Pahang itu diadakan setiap tahun sejak 2016.

"Penganjuran ini bukan sahaja untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara tetapi sebagai aktiviti untuk memperingati pengorbanan warga Malaysia terdahulu," katanya.

Artikel Berkaitan: