KAK santai di Kuala Selangor

Lebih 100 orang terdiri daripada ahli KAK dan keluarga masing-masing menjayakan program 'Yok Kabeh’ di Kuala Selangor, baru-baru ini.
Lebih 100 orang terdiri daripada ahli KAK dan keluarga masing-masing menjayakan program 'Yok Kabeh’ di Kuala Selangor, baru-baru ini.
A
A
A
KUALA SELANGOR - Kelab Alumni Karangkraf (KAK) menutup kalendar aktiviti tahun 2018 dengan menganjurkan Hari Keluarga di De Palma Eco Resort, Kuala Selangor pada 24-25 Disember lalu.

Program ‘Yok Kabeh’ yang bertemakan balik kampung itu disertai oleh lebih 100 anggota kelab, terdiri daripada ahli KAK dan keluarga masing-masing.

Selain acara makan malam, program dua hari itu turut diisi dengan acara sukaneka yang membabitkan orang dewasa dan kanak-kanak.

Program dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf (KMK) merangkap Penasihat KAK, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Dalam ucapannya, Nasir memuji usaha KAK yang mengadakan pelbagai program sepanjang tahun bagi mengeratkan silaturahim serta ukhuwah di kalangan bekas kakitangan KMK.

“Saya berharap program seperti ini diteruskan pada masa akan datang demi memastikan silaturahim dan ukhuwah terus terjalin di kalangan ahli KAK.

“Pada masa sama, usaha juga perlu ditingkatkan bagi menambah keahlian kerana terdapat masih ramai bekas kakitangan yang belum menyertai kelab ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi KAK, Rodli Nayan mengucapkan terima kasih kepada KMK khususnya Pengarah Urusan KMK, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub serta seluruh ahli jawatankuasa dan ahli yang komited untuk menggerakkan kelab itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 2016 lalu.

“Tanpa sokongan dana daripada KMK, komitmen AJK serta penyertaan ahli, sesebuah program tidak akan berjaya. Saya berharap kerjasama sebegini akan berkekalkan demi memastikan KAK terus berfungsi, bukan sahaja sebagai jambatan silaturahim malah demi menjaga kebajikan ahli,” ujar Rodli.
Artikel Berkaitan: