Jangan remehkan pengorbanan petugas keamanan: Agong

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melintasi barisan kawalan kehormat Pasukan Pengamanan Presiden (PASPAMPRES) sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim Perdanakusuma di sini pada 11.20 pagi (waktu tempatan). - Foto BERNAMA

A
A
A

JAKARTA - Rakyat Malaysia perlu mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara termasuk tidak memandang remeh pengorbanan pasukan yang menjaga keamanan dan kemakmuran.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, Malaysia sudah meniti pelbagai peristiwa untuk menjadi negara yang berdaulat dan merdeka.

“Justeru rakyat Malaysia tidak kira di mana sahaja di pelosok dunia wajar mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan negara,” titah baginda pada Majlis Jamuan Teh bersama rakyat Malaysia sempena Lawatan Negara ke Indonesia bermula hari ini.

Sultan Abdullah bertitah, keamanan adalah nikmat terbesar yang harus disyukuri rakyat dan pemimpin negara yang bersilih ganti telah berusaha memakmurkan negara sehinggalah hari ini.