Penuntut Malaysia meninggal dunia di AS

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut Malaysia dilaporkan meninggal dunia di Ohio, Amerika Syarikat (AS) selepas 10 hari dilaporkan hilang ketika mendaki dan berkhemah di kawasan hutan.

Menurut laporan Berita Harian, berita kematian Afifi Hakimi Hussen, 23, dimaklumkan kepada keluarga mangsa yang tinggal di Senawang, Negeri Sembilan, awal pagi semalam.

Afifi yang belajar di Ohio State University, AS dikatakan pergi ke hutan berkenaan seorang diri dan setakat ini, belum ada sebarang maklumat lanjut mengenai kejadian.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi di laman sosial, mangsa yang sedang menuntut dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal itu dijangka akan menamatkan pengajiannya pada Disember ini.

Menurut laporan tersebut, Afifi, anak bongsu daripada tiga beradik dikatakan baru saja menyambut ulang tahun kelahiran ke-23 pada 13 Ogos lalu.

Sebelum ini, Afifi menyambung pengajian di AS setelah ditawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menuntut di Kolej Pendidikan Intec, Shah Alam.

Berita Harian juga memaklumkan pihaknya telah menghubungi pejabat JPA di ibu negara dan mengesahkan insiden tersebut.

Artikel Berkaitan: