Panjat pagar sebelum terjun

Klip dari video yang tular di media sosial.
Klip dari video yang tular di media sosial.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang wanita maut selepas dipercayai terjun dari tingkat satu di pusat beli-belah Sunway Pyramid, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, mangsa berusia 30-an ditemui terjatuh berhampiran eskalator di tingkat bawah tanah 2 (LG2) bangunan berkenaan.

Pusat beli-belah Sunway Pyramid dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan wanita terbabit dilihat memanjat pagar sebelum terjun dari tingkat satu.

“Wanita itu dilaporkan mengalami kecederaan serius dan dihantar ke Pusat Perubatan Sunway sebelum disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan,” katanya.

Video berhubung kejadian itu tular di media sosial menunjukkan pasukan perubatan sedang mengangkat mangsa dan kawasan kejadian yang berlumuran darah.

Artikel Berkaitan: