Remaja lelaki maut, kereta rempuh pokok

Operasi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduknya dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh. (Gambar kecil, Ziemam Shah)
Operasi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduknya dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh. (Gambar kecil, Ziemam Shah)
A
A
A

IPOH - Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Tambun di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu, mangsa, Ziemam Shah Aristun Shah berasal dari Ipoh Garden South meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan parah dialaminya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Kia Spectra yang dalam perjalanan dari arah Tambun menghala Ipoh.

“Setibanya di lokasi kejadian, dipercayai kereta berkenaan hilang kawalan lalu melanggar pembahagi kanan dan kiri jalan.

“Akibat pelanggaran itu, kenderaan mangsa merempuh sebatang pokok menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduknya,” katanya.

Menurutnya, khidmat bomba dipanggil untuk mengeluarkan mangsa sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan: