Trafik perlahan di lebuh raya menghala arah selatan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Trafik di lebuh raya menghala arah selatan negara dilaporkan bergerak perlahan dan agak sesak petang ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata sehingga pukul 5.30 petang, trafik di lebuh raya dari Nilai ke Seremban, Yong Peng ke Ayer Hitam, dan Simpang Renggam ke Sedenak, terjejas teruk disebabkan banyak kenderaan berada di atas jalan raya untuk ke destinasi sempena Hari Raya Aidil Adha.

"Trafik bergerak perlahan menghala Selatan disebabkan peningkatan jumlah kenderaan, namun yang penting ia tetap bergerak, dan hanya kawasan di laluan berkenaan sahaja yang masih terjejas lama,” katanya ketika dihubungai Bernama hari ini.

Beliau berkata trafik yang menghala arah utara berjalan dengan lancar.

Menurutnya aliran trafik dari utara dan selatan lebuh raya menghala arah Kuala Lumpur dilaporkan dalam kawalan.

Sementara itu jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuh raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah, dilaporkan bergerak lancar.

"Trafik berjalan lancar di kebanyakan laluan kecuali yang menghala arah selatan yang akan mengalamai sedikit kelewatan.

Maklumat terkini trafik boleh diperoleh dengan menelefon talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan ciapan Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau hubungi LLM dengan menelefon 1-800-88-7752. Ia juga boleh diperoleh di laman Twitter di alamat: www.twitter. com / llminfotrafik. -Bernama

Artikel Berkaitan: