MPHTJ edar 14,000 Jalur Gemilang

Mohd Rafee menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil kontijen MPHTJ yang akan menyertai pertandingan kawad kaki sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019.
Mohd Rafee menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil kontijen MPHTJ yang akan menyertai pertandingan kawad kaki sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengedarkan sebanyak 14,000 Jalur Gemilang secara percuma sempena bulan kemerdekaan.

Yang Dipertuanya, Mohd Rafee Ibrahim berkata, sejak 1 Ogos lalu sebanyak 2,500 bendera Malaysia pelbagai saiz telah dipasang terutama di jalan-jalan utama di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu seperti di Ayer Keroh, Bemban, Bukit Beruang.

Menurutnya, pemasangan itu juga tidak terhad di jalan lebuh raya utama dalam kawasan Hang Tuah Jaya sahaja malah bendera Malaysia turut berkibar di lokasi tumpuan pelancong bagi bersama memeriahkan Hari Kebangsaan.

Mohd Rafee mengagihkan bendera kepada wakil-wakil MPKK ketika majlis Pelancaran Kempen Jalur Gemilang 2019 peringkat MPHTJ di Medan Selera Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Mohd Rafee mengagihkan bendera kepada wakil-wakil MPKK ketika majlis Pelancaran Kempen Jalur Gemilang 2019 peringkat MPHTJ di Medan Selera Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Mohd Rafee berkata, dalam tempoh itu juga pihaknya meletakkan sasaran untuk memasang sebanyak 6,000 bendera sebagai salah satu usaha menggalakkan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang.

"Bermula 25 Julai lalu hingga 16 September depan kita akan terus mengambil inisiatif menggerakkan pemasangan Jalur Gemilang di kawasan Hang Tuah Jaya.

"MPHTJ juga ambil langkah agresif dengan memasang dan mengagihkan sebanyak 14,000 termasuk di peringkat Majlis Pengurusan Komuniti (MPKK) yang membabitkan enam Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk empat parlimen seperti DUN Durian Tunggal, DUN Pengkalan Batu, DUN Kesidang dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pelancaran Kempen Jalur Gemilang 2019 peringkat MPHTJ di Medan Selera Ayer Keroh di sini semalam.

Menurutnya, Jabatan Pelesenan dan Perkhidmatan Bandar serta Jabatan Penguatkuasaan turut mengeluarkan lebih 5,000 notis pemberitahuan kepada pemilik bangunan perniagaan, hotel, dewan perniagaan, pemaju, balai raya dan lain-lain untuk bekerjasama memasang bendera di premis mereka.

Artikel Berkaitan:

Katanya, bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-62 tahun ini, MPTHJ telah mengatur pelbagai pengisian menarik termasuk aktiviti berbentuk patriotik dan kenegaraan di peringkat MPKK.