Syazwan ikat tali pertunangan 31 Ogos depan

Syazwan bersama kekasihnya.
Syazwan bersama kekasihnya.
A
A
A

PELAKON Syazwan Zulkifli mendedahkan bakal mengikat tali pertunangan dengan seorang pramugari syarikat penerbangan tempatan pada 31 Ogos depan.

Menurut aktor berusia 32 tahun itu, dia sudah mengenali wanita bernama Syawalriah Zulkifli, 32, sejak 10 tahun lalu dan hubungan mereka mula bertukar serius sejak empat tahun lalu.

"Perhubungan kami bermula sebagai kawan dan lepas saya putus dengan seorang selebriti, barulah hubungan kami menjadi semakin rapat.

"Saya senang dengan dia kerana dia memahami kerja saya, tak ada nak bertanya atau mempersoalkan andai saya balik lewat atau bergurau mesra dengan teman selebriti lain," ujarnya ketika ditemui selepas tayangan filem lakonannya, Warkah di Mmcineplexs, ECurve, Mutiara Damansara, petang tadi.

Tambahnya, memikirkan usia yang sudah semakin lanjut, pelakon yang mula meningkat naik selepas membintangi drama Juvana itu merasakan sudah tiba masanya untuk membawa perhubungan mereka ke fasa selanjutnya.

"Dalam perhubungan sebelum ini pun saya serius tetapi tak menjadi, nak buat macam mana.

"Selain itu, saya fikir sementara ibu bapa masih sihat, lebih baik saya segera mendirikan rumah tangga. Cuma buat masa ini saya belum merancang berapa lama untuk bertunang," katanya.

Masih tidak dapat membayangkan dugaan ketika pasa pertunangan, Syazwan berkata, dia berharap dapat menangani setiap masalah yang datang dengan baik.

Artikel Berkaitan:

"Kami dah kawan lama, dia pun tahu macam mana. Betul atau tidak saya panas baran, mungkin boleh tanya dia.

"Sejujurnya, selain kes melibatkan Shenty Feliziana (bekas kekasih), saya belum pernah lagi mengamuk di set ke, baling barang atau bergaduh dengan pengarah.

"Bagi saya kalau kami dah boleh lalui dugaan selama empat tahun bercinta, harap kami boleh lalui dugaan sebelum berkahwin. Setakat ini kami berada di landasan yang betul dan terpulang kepada kami bagaimana untuk melaluinya," jelasnya.

Sebelum ini, Syazwan dan Shenty pernah bercinta selama beberapa bulan. Bagaimanapun pada Oktober 2015, Shenty membuat laporan polis setelah mendakwa dikasari aktor terbabit ketika mahu berbincang mengenai hubungan mereka.