Amirul Ashraff dijangka dikebumi Selasa hadapan

Md Azhar melihat gambar Amirul Ashraff ketika di bangku sekolah bersama isterinya Zunaidah Ahmad.
Md Azhar melihat gambar Amirul Ashraff ketika di bangku sekolah bersama isterinya Zunaidah Ahmad.
A
A
A

TAIPING - Jenazah pelajar Malaysia Amirul Ashraff Md Azhar, 22, yang maut selepas tergelincir dari tingkat 23 pangsapuri kediamannya di Sydney, Australia, semalam, dijangka dikebumikan Selasa hadapan.

Bapa mangsa, Md Azhar Hasbullah, 48, berkata, bagaimanapun semuanya bergantung kepada proses keputusan bedah siasat anaknya yang dijalankan hari ini di hospital di Sydney.

"Pagi tadi saya ada menerima panggilan dari Sydney meminta kebenaran untuk menjalankan bedah siasat ke atas anak saya dan saya sudah memberi kebenaran.

"Menurut pegawai Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang menghubungi saya, jenazah Amirul boleh dibawa pulang selepas laporan bedah siasat diterima daripada pihak koroner di sana," katanya kepada pemberita di kediamannya di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Kampung Tekah, di sini hari ini.

Arwah Amirul Ashraff merupakan pelajar cemerlang sejak di bangku sekolah lagi.
Arwah Amirul Ashraff merupakan pelajar cemerlang sejak di bangku sekolah lagi.

Menurut Md Azhar, dia dimaklumkan laporan bedah siasat hanya akan diperoleh selepas tiga ke empat hari ia dijalankan sebelum jenazah dibenarkan dibawa pulang ke Malaysia.

"Jadi mengikut perkiraan saya insya-ALLAH anak saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Asam Kumbang hari Selasa, tetapi apa pun kita perlu menunggu makluman pihak Mara," katanya.

Md Azhar yang juga pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut memohon jasa orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi berkenaan kematian anaknya yang dikaitkan dengan tekanan akibat gagal beberapa subjek.

Artikel Berkaitan:

"Arwah maklumkan pada saya 20 Julai lalu bahawa dia ada terkandas lima subjek tetapi sudah buat rayuan dan dia tidak tertekan dengan keadaan tersebut malah sempat menyambut hari jadi bersama rakan-rakan di sana.

"Pihak berkuasa Australia juga sudah sahkan bahawa dia tergelincir jadi saya berharap jangan buat sebarang andaian dan pandangan yang lain daripada itu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

'Kami reda pemergian Amirul Ashraff'

Australia klasifikasikan kematian Amirul Ashraff sebab tergelincir