SK Mergong cipta Jalur Gemilang sepanjang 120 meter

Warga SK Mergong membentuk perkataan 'M' yang melambangkan nama sekolah dengan membawa Jalur Gemilang dihasilkan menggunakan 36 pasang kain putih itu.
Warga SK Mergong membentuk perkataan 'M' yang melambangkan nama sekolah dengan membawa Jalur Gemilang dihasilkan menggunakan 36 pasang kain putih itu.
A
A
A

ALOR SETAR - Kira-kira 568 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Mergong di sini menghasilkan bendera Jalur Gemilang sepanjang 120 meter sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Guru Besar, Mohd Shakib Mohd Salleh berkata, warga sekolah mula mewarna kain selepas mendapat idea menghasilkan Jalur Gemilang pada awal tahun ini.

Menurut beliau, penghasilan bendera mendapat bimbingan 80 guru sejak empat minggu lalu.

"Semua murid tahun empat, lima dan enam akan berhimpun kira-kira 45 minit bermula jam 1.15 petang pada hari kokurikulum setiap Rabu bagi menghasilkan bendera itu dan siap dalam tempoh yang ditetapkan.

"Kita menggunakan 36 pasang kain putih," katanya selepas Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-62 di SK Mergong, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 1,156 murid SK Mergong berarak membawa Jalur Gemilang mengelilingi kawasan sekolah.

Menurutnya, murid turut mengambil inisiatif menghias basikal dan memakai pakaian berkonsep Jalur Gemilang.

Terdahulu, majlis pelancaran berkenaan dirasmikan wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Setar, Zaini Mahmood.

Artikel Berkaitan: