Bapa berang anak kahwin lari adakan upacara pengebumian

Gopal Mandora mengedar risalah pengumuman kematian dan kad undangan bagi menghadiri 'upacara pengebumian' anak perempuannya, Saharda yang kahwin lari pada bulan lalu.
Gopal Mandora mengedar risalah pengumuman kematian dan kad undangan bagi menghadiri 'upacara pengebumian' anak perempuannya, Saharda yang kahwin lari pada bulan lalu.
A
A
A

MADHYA PRADESH - Beberapa hari selepas anak perempuannya yang berusia 19 tahun kahwin lari, seorang bapa di India membuat pengumuman 'kematian' dan menguruskan 'upacara pengebumian' anaknya itu.

Insiden terbabit berlaku di Kampung Kuchrod pada Jumaat lalu.

Remaja berkenaan, Saharda Mandora didakwa telah berkahwin lari pada 25 Julai lalu.

Berang dengan tindakan Saharda, Gopal Mandora mengambil keputusan mengadakan upacara 'pengebumian' anaknya bagi meratapi 'kematian' remaja berkenaan.

Lelaki terbabit turut mengedar risalah pengumuman kematian dan kad undangan bagi menghadiri upacara pengebumian Saharda dalam kalangan ahli keluarga dan penduduk kampung. - Agensi

Artikel Berkaitan: