Pelajar Rusia lakukan rompakan olok-olok ditahan

Dua pelajar melakukan rompakan olok-olok di sebuah kafe di Rusia.
Dua pelajar melakukan rompakan olok-olok di sebuah kafe di Rusia.
A
A
A

ANGARSK - Dua pelajar di Rusia ditahan pihak polis kerana melakukan rompakan olok-olok di sebuah kafe.

Dalam rakaman video yang tersebar, salah seorang pelajar terbabit kelihatan menyerbu masuk sebuah kafe di bandar Angarsk dengan senjata raifal sementara seorang lagi rakannya menyamar sebagai pelanggan dan merakam 'rompakan' tersebut.

Pelanggan kafe yang ketakutan melarikan diri sejurus melihat pelajar berkenaan membawa senjata.

Selepas juruwang kafe terbabit menyerahkan wang, pelajar yang merakam insiden tersebut mengumumkan ia sekadar 'prank'.

Kedua-dua pelajar berkenaan dilaporkan berdepan hukuman penjara berikutan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: