Gempa bumi Indonesia: Ada rumah rosak di Banten

28
28
A
A
A

BANTEN - Ketua daerah Pandeglang, Irna Narulita berkata beberapa rumah penduduk rosak selepas gempa bumi berukuran 7.4 magnitud menggegarkan Banten hari ini.

"Ada beberapa rumah runtuh tetapi belum ada laporan rasmi daripada mangsa," katanya ketika dihubungi CNN Indonesia.

Irana berkata, ramai penduduk dilanda panik kerana beberapa kawasan di Pandeglang hampir dengan pantai.

"Sudah tentu penduduk panik, ada 10 mukim terletak di sepanjang pesisir pantai," ujarnya.

Irna berkata, penduduk juga telah diarah berpindah ke kawasan tinggi bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. - CNN Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN:

Gempa kuat gegar Banten, Indonesia keluar amaran tsunami

Gempa di Jakarta: Duta, wartawan Malaysia selamat

Artikel Berkaitan: