Warga emas maut kepala ditimpa dahan pokok

Orang ramai mengerumuni kawasan pita keselamatan yang dipasang pihak polis pada kejadian tersebut.
Orang ramai mengerumuni kawasan pita keselamatan yang dipasang pihak polis pada kejadian tersebut.
A
A
A

BALING - Warga emas maut selepas ditimpa dahan pokok rambutan dalam kebun, di Kampung Baru Dalam Wang petang semalam.

Mangsa Siti Bidah Md Noh, 60, dari Kampung Seberang Dalam Wang dikatakan ke kebun jirannya bersama untuk memetik petai.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Abd Fatah Abd Rahman berkata, ketika kejadian kira-kira jam 7 petang itu mangsa keluar ke kebun bersama suaminya, Zakaria Murad, 60-an sejauh satu kilometer dari rumah mereka.

"Dahan setinggi enam meter di atas sebatang pokok di kawasan itu tiba-tiba jatuh menimpa belakang kepala mangsa mengakibatkan kecederaan teruk.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan: