Pelajar perempuan tingkatan empat maut ketika ke sekolah

Mangsa berusia 16 tahun disahkan maut dalam kejadian di Jalan Utama Sungai Lang, Banting hari ini.(Gambar kecil, motosikal yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh di laluan bertentangan di Jalan Utama Sungai Lang, Banting hari ini.)

A
A
A

BANTING - Seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke sekolah dalam kejadian di Jalan Utama Sungai Lang, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi, mangsa Nurul Wafa Wirdani Mohd Shahrul, 16, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dipercayai hilang kawalan ketika cuba memotong sebuah kereta.

Bagaimanapun, mangsa telah terjatuh sebelum dirempuh sebuah kereta yang dipandu wanita berusia 31 tahun di laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

"Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Banting Baru," katanya kepada Sinar Harian.

Azizan berkata, siasatan di lokasi kemalangan mendapati keadaan cuaca baik namun permukaan jalan basah.

Katanya, kes disiast mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: