Warga emas maut dirempuh lori

Gambar hiasan; Gambar kecil:Mustafa Ahmad
Gambar hiasan; Gambar kecil:Mustafa Ahmad
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah lori muatan roti di Jalan Bandar Lama pagi tadi.

Mangsa, Mohd Fauzi Mahmood, 63, beralamat di Kampung Tanah Putih di sini meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.10 pagi itu melibatkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dan sebuah lori muatan roti.

"Hasil siasatan awal mendapati pemandu lori, Mustafa Ahmad, 38, memandu dari arah Bandar Lama menuju ke Chiku.

"Setibanya di tempat kejadian, mangsa yang menunggang motosikal dari arah bertentangan telah membelok ke kanan untuk memasuki simpang.

"Pemandu lori cuba mengelak ke kiri jalan tetapi mangsa tidak berhenti menyebabkan rempuhan di bahagian sisi kiri," katanya.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke hospital dan meninggal dunia semasa menerima rawatan.

"Proses bedah siasat dilakukan pada jam 5 petang.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa juga didapati tidak memiliki lesen memandu," katanya.